top of page
Office Hallway

ART TAQUA ENTERPRISE

Latar Belakang

Art Taqua Enterprise ditubuhkan pada 2019, kami membawa produk yang kami reka sendiri iaitu Sejadah Travel Art Taqua yang diilhamkan bagi membantu memudahkan jemaah haji atau pekerja yang sering berada diluar pejabat dalam melangsungkan pekerjaan mereka untuk solat dengan lebih mudah dan selamat. Dimana Sejadah Travel Art Taqua kami direka dengan beg sejadah yang bersambung dengan sejadah dimana pengguna tidak perlu mengasingkan sejadah dan beg, pengguna hanya perlu membuka beg tersebut dan membentang sejadah untuk mulakan solat. Sejadah Travel Art Taqua kami juga mempunyai poket rahsia dimana pengguna boleh menyimpan barangan berharga didalam poket tersebut tanpa orang lain perasan tentang adanya barang berharga seperti dompet dan telefon bimbit dibawah sejadah tersebut, sekali gus memudahkan pengguna dan ia lebih selamat. Pada tahun 2020, kami mula ingin membantu para usahawan bumiputera dalam perniagaan mereka, ini kerana kami menyedari bahawa ramai dikalangan usahawan terutama usahawan bumiputera yang minat dalam perniagaan tetapi tidak dapat pergi jauh oleh kerana kesempitan dana. Ramai usahawan bumiputera juga kurang mengetahui bahawa kerajaan Malaysia ada memberi suntikan dana kepada usahawan-usahawan bumiputera melalui PUNB, MARA, CGC dan banyak lagi. Ada dikalangan usahawan mengetahui mengenai dana tersebut, dan cuba memohon dana tetapi gagal dipanggil oleh kerana kelemahan kertas kerja (Proposal) yang dihantar. Oleh kerana itu, kami rasa terpanggil untuk memberikan perkhidmatan membuat kertas kerja bagi pemohonan dana dari institusi kerajaan bagi usahawan bumiputera. Menggunakan pengalaman kami dan ada di antara kami adalah bekas pegawai institusi kerajaan sendiri, kami yakin dapat membantu usahawan-usahawan bumiputera untuk memohon dana demi mengembangkan perniagaan mereka.

About: About

+601172833462

©2021 by Art Taqua Enterprise. Proudly created with Wix.com

bottom of page